Salam Jumaat..
.
Alhamdulillah hari ini saya dapat tahu, saya boleh solat jumaat berjemaah di masjid. Syukur alhamdulillah.
.
Seperti dapat panggilan pergi Mekah 😊. Ini gambar saya tahun 2011 ketika menunaikan umrah bersama bidadari saya.
.
Apabila bercerita tentang solat berjemaah, saya ada satu pengalaman yang sangat berharga dan menguji keberanian saya iaitu pertama kali kena jadi imam solat di sebuah surau pusat membeli belah.
.
Waktu itu semua jemaah sudah berada dalam saf tapi masih tiada imam untuk mengetuai solat berjemaah.
.
Perkara biasa akan berlaku adalah acara perlantikan imam dengan cuit mencuit bahu jemaah. Dari saf depan kena cuit hinggalah ke saf kedua.. tiada lagi yang mahu jadi imam. Tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya di saf ke dua yang hujung.
.
Saya terkejut, ketika dicuit bahu.. dalam hati kata, "aku belum layak lagi jadi imam untuk jemaah di surau ini.. aku baru peluk Islam 2 tahun. Jadi imam kepada isteri aku boleh lah."
Kisah 12tahun yang lalu.
.
Tapi tak tahu kenapa, secara automatik kaki saya laju je melangkah ke hadapan. Hanya Allah yang tahu betapa lajunya jantung saya dup dap dup dap.
.
Itulah pentingnya solat berjemaah dengan keluarga setiap hari.
.
Keberanian itu akan datang apabila diminta menjadi imam selain keluarga kita.
.
Alhamdulillah sejak dari itu saya rasa, Allah nak kita semua berani mengambil tanggungjawab menjadi seorang muslim yang baik tak kisah baru atau lama.
.
Yang penting mahu belajar memperbaiki diri .
.
Sahabat semua ada pengalaman seperti saya pertama kali kena cuit bahu jadi imam?
.
Senyum selalu
Selalu bersangk baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie